BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Premier of the State Council Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang, kerajaan serta rakyat Republik Rakyat China berikutan dengan gempa bumi yang melanda di Dingri County, wilayah autonomi Xizang (Tibet), Republik Rakyat China baru-baru ini.