Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bung Moktar letak jawatan Presiden SAFA

    KOTA KINABALU, 8 JAN – Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkuat kuasa serta-merta.

    Bung Moktar, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan itu yang disandangnya sejak Jun 2021 dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuh kepada kerjaya politik.

    Beliau berkata walaupun mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik Sabah FC, namun sepanjang beliau mengetuai badan induk bola sepak itu, SAFA berupaya melakukan perubahan selain dapat melaksanakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

    “Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran SAFA dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ia di tahap yang masih belum memuaskan.

    “Mengurus badan induk bola sepak khususnya Sabah FC memerlukan sokongan serta dukungan semua pihak terutamanya daripada peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu SAFA khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya.

    Pada Disember 2020, Ahli Majlis Tertinggi SAFA sebulat suara bersetuju melantik Bung Moktar sebagai Pemangku Presiden SAFA, sebelum disahkan secara rasmi sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa SAFA pada Jun 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...