Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Shindong Super Junior dah ada buah hati

    Penyanyi kumpulan Super Junior, Shindong dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang pelatih yang pernah bekerja dalam industri hiburan di Korea Selatan.

    Perkara itu turut disahkan oleh pihak pengurusan Shindong iaitu Label SJ selepas timbul khabar angin mengatakan penyanyi itu bakal mendirikan rumah tangga.

    “Mereka berdua sentiasa memahami dan menyokong kerjaya masing-masing dan menjadikan cinta pasangan itu lebih erat,” katanya.

    Memetik laporan Sport Seoul, usia teman wanita Shindong lebih muda berbanding penyanyi berkenaan dan pasangan ini berkenalan ketika wanita itu menjadi pelatih di sebuah syarikat industri hiburan.

    Bagaimanapun, pengurus Shindong memberitahu bahawa penyanyi lagu Sorry, Sorry ini tidak pernah berfikir untuk berumah tangga walaupun sudah berumur 37 tahun.

    “Mereka memang sedang bercinta tetapi untuk berkahwin, Shindong dan teman wanitanya masih belum ada perancangan,” katanya.

    Walaupun identiti teman wanita Shindong tidak pernah didedahkan kepada awam, rata-rata peminat merestui perhubungan pasangan ini dan mendoakan hingga ke jinjang pelamin.

    “Ini adalah berita terbaik untuk mulakan tahun 2023! Saya tumpang gembira untuk dondong.

    “Tahniah! Shindong yang selalu baik, ceria dan hebat. Semoga kekal bersama pasangan,” komen peminat. – Agensi

    Peminat restu hubungan Shindong dan teman wanita. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...