Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cadangan Menteri Israel bina rumah ibadat Yahudi di Masjid Al-Aqsa dikecam

    RIYADH, 28 OGOS – Arab Saudi kelmarin mengecam kenyataan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir yang mencadangkan pembinaan sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa, lapor Xinhua.

    Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan ‘penolakan mutlak’ negara itu terhadap apa yang disifatkannya sebagai ‘kenyataan ekstremis dan provokatif’ oleh menteri Israel berhaluan kanan berkenaan. 

    Kementerian itu turut menggesa agar status sejarah dan undang-undang Masjid Al-Aqsa dihormati.

    Menurut kenyataan itu, kerajaan Arab Saudi memperbaharui gesaannya kepada masyarakat antarabangsa agar mengambil tanggungjawab dalam menghentikan malapetaka kemanusiaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin serta mengaktifkan mekanisme serius untuk mendesak pegawai Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang, norma dan resolusi antarabangsa yang berterusan.

    Kawasan Masjid Al-Aqsa yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Temple Mount, mempunyai kepentingan suci bagi kedua-dua umat Islam dan Yahudi dan telah lama menjadi punca konflik antara kedua-dua pihak.

    Mengikut status quo, penganut bukan Islam dibenarkan melawat kawasan itu di tengah-tengah Kota Lama tetapi tidak dibenarkan berdoa di sana. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda