Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – NBT Brunei, pengedar sah kenderaan Toyota di Negara Brunei Darussalam, mengalu-alukan 2025 dengan dua tambahan menarik kepada barisan kenderaannya iaitu Camry Hybrid Electric Vehicle (HEV) dan Gazoo Racing (GR) Yaris.
Bagi mereka yang inginkan sebuah kenderaan hibrid yang cekap dan selesa atau sebuah kenderaan hatchback sporty, Toyota mempunyai kereta yang tepat bagi mereka pada tahun baru ini.
Sebagai salah satu model utama Toyota, Camry sentiasa menetapkan standard bagi prestasi dan kecanggihan luar biasa. Oleh itu, dengan dilengkapi sistem hibrid Toyota generasi kelima, Camry HEV bukan sahaja memberikan kuasa dan kecekapan yan lebih baik, ia juga mengintegrasikan bateri lithium-ion yang lebih padat dan ringan serta lebih senyap bagi pengalaman pemanduan yang luar biasa.
Camry HEV dengan enjin 2.5HEV E-CVT memberikan lebih kuasa, prestasi yang lebih hijau serta pecutan yang lebih laju. Di samping itu, Camry HEV juga mempunyai rekaan yang lebih menarik dengan rekaan, Hammer Head, menjadikannya tampak lebih sportif.
Kereta jenis sedan berkenaan, boleh didapatkan dalam empat warna iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Cement Gray dan Attitude Black.
Selain daripada rekaan luaran yang menarik, Camry HEV juga mengetengahkan ciri-ciri rekaan dalaman yang memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Rekaan itu mengimbangkan keselesaan, kemewahan dan teknologi yang setentunya memberikan kepuasan kepada bukan sahaja pemandu tetapi juga penumpang.
Di samping itu, Camry HEV juga mengetengahkan ciri-ciri keselamatan yang unggul menerusi Toyota Safety Sense 3.0 serta inovasi mesra alam dengan mengetengahkan teknologi hibrid canggih yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga mengurangkan jejak karbon dengan signifikan.
Sementara itu, GR Yaris, yang dibangunkan oleh pasukan World Rally Championship (WRC) Toyota, mengetengahkan ciri utama prestasi dan keterjuaan menerusi ketepatan pengendalian dan keseronokan berkelajuan tinggi.
GR Yaris boleh didapatkan dalam empat warna pilihan iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Emotional Red dan Precious Black.
Bagi pasaran Brunei, GR Yaris boleh didapatkan dalam variasi manual dan automatik di mana orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat model, GR Yaris di dewan-dewan pameran NBT Brunei pada Januari iaitu di Dewan Pameran Toyota NBT Gadong pada 3 hingga 8 Januari, Dewan Pameran Toyota NBT Kuala Belait pada 13 hingga 18 Januari serta Dewan Pameran Toyota NBT Beribi pada 20 hingga 25 Januari.
GR Yaris yang mempunyai enjin turbocharged 1.6 liter 3-silinder boleh menghasilkan 276 kuasa kuda dan 390 Nm tork. GR Yaris juga mempunyai rekaan luara aerodinamik yang menarik dan tampak agresif serta dalaman yang mengetengahkan rekaan kokpit pemandu bagi meningkatkan pengalaman pemanduaan.
Di samping itu, GR Yaris memberikan keutamaan kepada keselamatan tanpa kompromi serta konsep serba boleh untuk setiap pengembaraan.