Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cathay Pacific beli 30 pesawat Airbus A330-900

    HONG KONG, 7 OGOS – Syarikat penerbangan Cathay Pacific hari ini mengumumkan pembelian sekurang-kurangnya 30 pesawat Airbus A330-900 dalam perjanjian bernilai AS$11 bilion, sebagai usaha untuk bangkit semula daripada COVID-19 dan kembali kepada jumlah penumpang sebelum pandemik pada tahun hadapan.

    Pengumuman itu dibuat ketika Cathay melaporkan penurunan keuntungan dalam separuh pertama tahun ini, setelah mencatat keuntungan buat kali pertama dalam tempoh empat tahun pada 2023, disebabkan peningkatan permintaan pasca COVID-19.

    Cathay tidak mendedahkan jumlah harga pembelian tetapi menyatakan telah menerima ‘konsesi harga yang signifikan’ dari nilai asas kira-kira AS$11 bilion daripada pembuat pesawat Eropah itu.

    Pesawat baharu tersebut dijangka akan dihantar menjelang akhir tahun 2031.

    “Cathay Pacific telah bersetuju untuk membeli dan Airbus SAS telah bersetuju untuk menjual 30 pesawat Airbus A330-900,” kata syarikat itu dalam satu pemfailan di Bursa Saham Hong Kong, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu juga mendapat hak untuk memperoleh 30 lagi pesawat Airbus A330–900.

    Cathay Pacific menyatakan bahawa ia sudah mempunyai lebih daripada 230 pesawat, kebanyakannya pesawat penumpang. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda