Thursday, January 9, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic sedia sahut cabaran pesaing muda

    MELBOURNE, 8 JAN – Novak Djokovic akan kembali ke gelanggang tempat dia mencipta kejayaan di Terbuka Australia minggu ini.

    Dia menegaskan bahawa dirinya bersedia dan mampu menyahut cabaran Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz dalam usahanya memburu kejuaraan Grand Slam ke-25.

    Kelemahan bekas pemain nombor satu dunia berusia 37 tahun itu jelas kelihatan tahun lalu apabila dia gagal merangkul kejuaraan utama buat kali pertama sejak 2017, walaupun dia memenangi emas semasa acara Olimpik.

    Kesilapan pemain Serbia itu sekali lagi dipertontonkan apabila dia tersingkir dari Brisbane International minggu lalu pada suku akhir di tangan Reilly Opelka.

    Dengan persaraan Rafael Nadal dan Roger Federer, menjadikan Djokovic dilihat bersemangat untuk membuktikan dia masih mempunyai impian untuk menentang pemain muda.

    Aksi Djokovic cuba untuk mengembalikan bola semasa menentang pemain Amerika Syarikat, Reilly Opelka, di Brisbane, Australia pada 3 Januari. – AP

    Djokovic mengumumkan bahawa Andy Murray dilantik sebagai jurulatih dan dia berharap ia akan memberikan kelebihan kepadanya.

    “Saya masih merasa bahawa saya boleh menjadi hebat untuk tahun-tahun akan datang,” kata Djokovic, yang kini menduduki ranking ketujuh dunia.

    “Saya masih meminati sukan ini dan masih gemar bertanding.

    “Saya bersedia bersaing, apa sahaja dan walau berapa jam yang diperlukan untuk bertanding dengan para pemain muda,” tambahnya.

    Sebilangan kecil pemain akan bertanding menentang Djokovic di gelanggang utama Melbourne Park, di mana dia telah lama menguasainya dengan memenangi rekod 10 gelaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda