Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dua lelaki didakwa bunuh anggota bomba

    PHILADELPHIA, 20 APRIL – Pemilik bangunan Philadelphia yang terbakar dan runtuh musim panas lalu, membunuh seorang anggota bomba bandar dan mencederakan lima orang lain, telah didakwa bersama seorang lagi lelaki kerana mengakibatkan kebakaran, menurut pengumuman pendakwa raya persekutuan, kelmarin.

    Al-Ashraf Khalil dan Isaam Jaghama, kedua-duanya penduduk bandar berusia 29 tahun, didakwa atas tuduhan konspirasi dan kerosakan berniat jahat. Khalil, pemilik bangunan itu, telah didakwa awal tahun lepas, tetapi kini turut didakwa menggunakan kebakaran untuk melakukan penipuan pampasan.

    Bangunan itu menempatkan sebuah kedai piza dan beberapa buah pangsapuri di tingkat atas. Pihak berkuasa berkata bahawa Khalil dan Jaghama masuk melalui pintu bawah tanah restoran dan memulakan kebakaran di kawasan dapur. Pendakwa raya berkata kedua-dua mereka memulakan kebakaran supaya Khalil mendapat keuntungan dengan memfailkan tuntutan insurans.

    Kebakaran pada 18 Jun telah menyebabkan Lt. Sean Williamson, 51, terperangkap dalam runtuhan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Lapan orang telah selamat dipindahkan dari apartment tersebut selepas kebakaran, tetapi bangunan itu runtuh selepas api berjaya dikawal dan memerangkap Williamson di dalam.

    Tidak lama selepas kebakaran itu berlaku, pihak berkuasa berkata Khalil terbang dari Amerika Syarikat (AS) ke Jordan selepas memberitahu penyiasat dia tidak mempunyai rancangan perjalanan. Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan masuk ke Jordan dan ditahan di lapangan terbang di New York City. Pihak berkuasa telah berkata mereka menggunakan gari tangan yang mempunyai parap anggota bomba yang terbunuh. – AP

    Anggota bomba Philadelphia berusaha menyelamatkan rakan sekerja yang terperangkap dalam rumah berderet yang runtuh di blok 300 West Indiana pada 18 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...