Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    BDAC, SMC anjur Seminar Brown Bag

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC) dengan kerjasama Singapore Mediation Centre (SMC) telah menganjurkan Seminar Brown Bag bertajuk The Power of Mediation: Importance of Mediation to Legal Professionals melalui aplikasi Zoom yang diadakan kelmarin.

    Sehubungan itu, menurut kenyataan BDAC, seminar tersebut telah dihadiri oleh 44 peserta daripada sektor kerajaan, sektor swasta, pelajar undang-undang dan akademik serta individu-individu dari Indonesia, Singapura dan Malaysia yang disampaikan oleh Jurulatih Utama SMC, Loong Seng Onn dan Dayang Rafidah Mohd Raffi dari BDAC selaku moderator.

    Sementara itu, semasa sesi perbincangan, Loong berkongsi pengalaman mengenai kepentingan mediasi dan bagaimana ia memberi manfaat kepada pengamal undang-undang.

    Beliau juga berkongsi amalan terbaik dalam mencapai hasil yang diinginkan agar pihak yang bertikai dapat mencapai penyelesaian yang adil.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa Loong adalah seorang jurulatih penyelesaian pertikaian yang berpengalaman di mana beliau turut menyelia kerja latihan SMC dan telah menyampaikan beberapa bengkel latihan ke negara-negara antarabangsa.

    Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang jurulatih yang telah melatih kumpulan pertama SMC-BDAC Accredited Mediators.

    Seminar berkenaan merupakan bahagian pengenalan dan satu kesinambungan kepada Kursus Advokasi Pengantaraan BDAC yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.

    Seminar sedemikian merupakan yang pertama dianjurkan oleh BDAC dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kaedah pengantaraan dan merupakan sebahagian daripada usaha BDAC untuk menjadi tempat pilihan dalam menyelesaikan pertikaian.

    Antara yang menghadiri sesi seminar Brown Bag secara dalam talian menerusi Zoom, kelmarin.- Gambar serahan BDAC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...