Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Forum promosi pembangunan pendidikan di Asia Tenggara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Dalam mempromosikan pembangunan pendidikan bagi negara-negara di Asia Tenggara, Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri (PMCA) menganjurkan Forum PMCA ke-4 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Centara Grand & Bangkok Convention Centre, Central World, Bangkok, Thailand.

    Sehubungan itu, Kedutaan Diraja Thailand di negara-negara ASEAN termasuk di Negara Brunei Darussalam telah menghoskan acara di mana peserta berpeluang menghadiri majlis pembukaan forum menerusi siaran langsung dari Bangkok. Puteri Maha Chakri Sirindhorn telah berkenan merasmikan majlis forum berkenaan.

    Hadir sama pada acara yang berlangsung di Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam ialah Pemangku Ketua Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Pengiran Haji Ahmad Masudwardi Aidit-Fitri bin Pengiran Haji Mohamed Daud.

    Menurut kenyataan yang diberikan, penerima PMCA Brunei 2021, Pengiran Haji Mohd Wahab bin Pengiran Haji Abdullah turut dijemput hadir secara fizikal dan mengendalikan bengkel amalan terbaik bersama-sama penerima PMCA terdahulu dari tahun 2015, 2017 dan 2019 di Forum PMCA ke-4 di Bangkok.

    PMCA ialah anugerah antarabangsa yang ditubuhkan pada 2015 untuk memberi penghormatan kepada Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand atas pencapaian cemerlang dalam pendidikan dan dalam memajukan kualiti hidup rakyat, terutamanya dalam kalangan kumpulan paling kurang bernasib baik di sub-rantau ini.

    Antara tetamu yang hadir pada majlis yang diadakan di Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam, kelmarin.

    Anugerah berprestij dwi-tahunan ini memberi penghormatan kepada guru-guru yang berdedikasi tinggi di Asia Tenggara yang sumbangan penting mereka kepada pendidikan dan pembangunan manusia layak mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    Ia bertujuan untuk menyokong dan mempromosikan pembangunan profesion perguruan dan memajukan pembangunan pendidikan serta mengukuhkan hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan.

    Forum berkenaan pula merupakan platform untuk semua penerima PMCA 2021 mempamerkan teknik pengajaran unik mereka, kisah inspirasi, kaedah pengurusan dan amalan terbaik kepada pendidik dan guru dari negara anggota ASEAN dan luar rantau ini.

    Ia juga bertujuan untuk berfungsi sebagai platform rangkaian untuk guru di rantau Asia Tenggara.

    Forum merangkumi enam perbincangan panel pleno dan 11 sesi pameran dan kongsi sama yang diketuai oleh penerima PMCA dan membina kerja cemerlang oleh 11 penerima PMCA 2021.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...