Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Gunung Ruang meletus lagi

    JAKARTA, 5 MEI – Gunung Ruang di Sulawesi Utara kini mengeluarkan asap kelabu yang meningkat 100 hingga 200 meter dari puncaknya setinggi 725 meter, menurut Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia kelmarin.

    Agensi itu menyatakan dalam laporan hariannya bahawa cuaca di sekitar gunung berapi itu, salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia, berbeza dari cerah hingga mendung, dengan angin dan suhu antara 28°C dan 30°C.

    Video yang dikongsi oleh jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Abdul Muhairi menunjukkan cuaca cerah di sekitar gunung berapi itu pada 7:56 pagi waktu Indonesia Tengah.

    “Semoga aktiviti gunung berapi akan berkurangan, membolehkan aktiviti kemasyarakatan disambung semula,” katanya sambil menggesa penduduk supaya sentiasa berwaspada dan berpindah dari radius tujuh kilometer di sekitar kawah Gunung Ruang.

    Pengurusan lapangan terbang, melalui Notis kepada Anggota Udara, melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Sam Ratulangi Manado, 95 kilometer dari Gunung Ruang, untuk hari kelima berturut-turut sehingga 6 petang hari ini kerana abu gunung berapi.

    Susulan letusan Gunung Ruang Selasa lepas, pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran kepada tertinggi dan menempatkan penduduk ke kawasan lebih selamat seperti yang diarahkan oleh Presiden Joko Widodo. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...