Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Fosil kura-kura gergasi 57 juta tahun ditemukan

    BOGOTA, 25 APRIL – Fosil kura-kura gergasi yang telah pupus, Puentemys mushaisaensis, dengan panjang kira-kira 1.5 meter telah ditemukan di perbandaran pergunungan Socha, sebuah kawasan berbukit di timur laut Colombia, menurut kenyataan dari Universiti Rosario, kelmarin.

    Ahli paleontologi telah menemukan fosil kura-kura gergasi di Colombia sejak kira-kira 57 juta tahun lalu, kata universiti yang mengetuai penggalian itu.

    Penemuan itu merupakan yang pertama di kawasan Andes dan amat penting dalam memahami sejarah prasejarah Amerika Selatan.

    Penemuan itu tidak pernah berlaku sebelum ini di kawasan Andes, kerana penggalian spesies lain yang terdekat terletak ratusan kilometer jauhnya berhampiran laut Caribbean.

    “Mencari fosil-fosil itu 500 kilometer ke selatan… membolehkan kami membina semula dan memahami keadaan landskap itu,” kata ahli paleontologi, Edwin Cadena, yang mengetuai penyelidikan itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...