Wednesday, October 2, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara letupan kecil, Lapangan Terbang Miyazaki batal semua penerbangan

    TOKYO, 2 OKT – Lapangan Terbang Miyazaki di Pulau Kyushu, Jepun, terpaksa membatalkan semua penerbangan hari ini berikutan satu letupan kecil yang tidak dapat dijelaskan, menurut laporan media tempatan.

    Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, yang dipercayai berlaku kira-kira 100 meter dari bangunan terminal lapangan terbang tersebut.

    Pegawai lapangan terbang, Takehiro Maeda, memaklumkan bahawa sebahagian landasan teksi runtuh akibat letupan berkenaan dan semua penerbangan dibatalkan sehingga petang.

    “Polis dan jabatan bomba sedang menjalankan siasatan,” katanya kepada AFP tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai punca kejadian. – AFP

    Lapangan Terbang Miyazaki di Pulau Kyushu, Jepun. – GAMBAR FAIL YOMIURI SHIMBUN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda