JAKARTA, 29 JAN – Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Tengah Indonesia pada malam kelmarin tanpa menjana gelombang besar, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu, menurut Xinhua.
Gempa bumi itu berlaku pada 9:53 malam, dengan pusat gempa 42 kilometer (km) tenggara daerah Parigi Moutong pada kedalaman 91km.
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8. Mereka juga menyatakan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan, kerana gegaran itu tidak dijangka akan mencetuskan ombak besar.
Indonesia, sebuah negara kepulauan, terletak di zon terdedah yang dilanda gempa bumi yang dipanggil ‘Lingkaran Api Pasifik’, menjadikan negara itu terdedah kepada gempa bumi. – Bernama