Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Israel buka semula lintasan bantuan Gaza

    BAITULMAQDIS, 8 MEI – Israel berkata mereka membuka semula lintasan sempadan Kerem Shalom untuk bantuan kemanusiaan bagi Gaza hari ini, empat hari selepas menutupnya sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang membunuh empat askar.

    “Trak dari Mesir yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, air, peralatan tempat tinggal, ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang disumbangkan oleh masyarakat antarabangsa sudah pun tiba di lintasan itu,” kata tentera dalam satu kenyataan bersama COGAT, badan kementerian pertahanan yang mengawasi hal ehwal awam Palestin.

    Bekalan itu akan dipindahkan ke bahagian lintasan Gaza selepas melalui proses pemeriksaan, kata kenyataan yang dikeluarkan sekitar 9:15 pagi.

    Agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin bagaimanapun berkata lintasan Kerem Shalom masih belum dibuka.

    “Lintasan masih belum dibuka,” kata jurucakap UNRWA, Juliette Touma kepada AFP pada kira-kira 10:40 pagi.

    Tentera berkata lintasan sempadan Erez antara Israel dan utara Gaza juga dibuka untuk penghantaran bantuan ke wilayah Palestin.

    Lintasan Kerem Shalom ditutup selepas serangan roket Hamas membunuh empat askar dan mencederakan puluhan orang pada Ahad. – AFP

    Asap berkepul berikutan serangan udara Israel ke atas bangunan berhampiran tembok pemisah antara Mesir dan Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 7 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...