Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Saintis China biakkan spesies ikan terancam

    CHENGDU, 8 MEI – Saintis China telah membiakkan baka taimen Sichuan, spesies ikan terancam yang disenaraikan sebagai haiwan dilindungi kelas pertama kebangsaan.

    Para saintis dari Akademi Sains Pertanian Sichuan, Akademi Sains Perikanan China dan institusi-institusi lain berjaya mewujudkan satu-satunya populasi tiruan taimen Sichuan di China pada 2016, meletakkan asas bagi pemuliharaan sumber genetik spesies itu dan pemulihan semula jadi.

    Pada tahun ini, pasukan penyelidik berkenaan berjaya mendorong beberapa kelompok induk ikan spesies itu dan lebih 3,500 ekor anak ikan pada usia dua bulan telah bertahan setakat ini. Pencapaian itu menandakan pembiakan buatan taimen Sichuan yang lengkap.

    Para penyelidik akan terus menggalakkan pemulihan dan pembinaan semula populasi liar spesies itu dan menjalankan pemulihan ekologi habitatnya, kata Du Jun, seorang pegawai dengan institut perikanan Akademi Sains Pertanian Sichuan.

    Mereka akan mengenal pasti habitat pembiakan yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan mengenai teknik pembiakan semula jadi sambil meningkatkan teknologi pembiakan buatan untuk spesies itu, tambah Du. – Xinhua

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...