Sunday, January 19, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isu IT lebih sukar daripada melancarkan roket – Musk

    MOSCOW, 19 JAN – Ketua Eksekutif SpaceX dan jutawan teknologi, Elon Musk berjanji kelmarin untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan selepas laporan mengenai penggodaman besar ke atas Perbendaharaan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Matlamat saya adalah untuk memperbaiki sistem IT kerajaan! Ini lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit,” kata Musk di platform X.

    Pada 8 Disember, Jabatan Perbendaharaan AS dimaklumkan oleh syarikat perisian BeyondTrust bahawa penggodam telah memperoleh kunci keselamatan yang digunakan untuk memberikan sokongan teknikal secara jarak jauh, membolehkan mereka mengakses beberapa komputer Jabatan Perbendaharaan serta dokumen-dokumen berkaitan, menurut laporan akhbar The New York Times. Sebanyak 419 komputer Jabatan Perbendaharaan digodam, namun hanya fail tidak sulit yang dilaporkan terjejas.

    Pada 15 Januari, laman berita Politico melaporkan bahawa penggodam telah mendapat akses kepada lebih 3,000 dokumen pegawai kanan AS, termasuk Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen. Laporan itu mengaitkan penggodaman berkenaan kepada China, yang menafikan sebarang penglibatan. – Bernama/Sputnik/Ria Novosti 

    Elon Musk semasa acara dewan bandar di Pusat Ekspo Philadelphia Besar, Oaks, Pennsylvania Oktober 2024. Beliau menakui isu IT AS lebih sukar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda