Wednesday, January 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jatuh dari kapal: Tuntutan pampasan kecederaan ditolak

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan menolak tuntutan kecederaan peribadi yang difailkan oleh plaintif, Dr Nabil Argoubi, seorang perunding jurutera marin antarabangsa, terhadap Interhill Industries Sdn Bhd, pihak responden, berikutan kejadian terjatuh dari sebuah kapal semasa ia berada di dok kering di limbungan kapal pihak ketiga.

    Rayuan itu didengar di hadapan Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, bersidang bersama Hakim Michael Lunn dan Sir Peter Gross pada 29 Oktober 2024, dengan keputusan dikeluarkan pada 7 Januari 2025.

    Peguam yang mewakili plaintif ialah Leftenan Kolonel (B) Harif bin Ibrahim dari firmanya sendiri, manakala Eric Siow dan Jonathan Cheok dari J Cheok Eric mewakili responden.

    Dr Nabil Argoubi telah menuntut ganti rugi bagi kecederaan yang dialami pada 11 Februari 2017 semasa memeriksa kapal Seri Anna, milik responden, di Preston Shipyard di Labuan. Walau bagaimanapun, mahkamah mendapati responden tidak mempunyai kewajipan menjaga plaintif, kerana dia bukan pekerja mahupun kontraktor bebas responden.

    – Freepik

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda