Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Jet pejuang terhempas di pangkalan udara Singapura

    SINGAPURA, 8 MEI – Kementerian Pertahanan Singapura mengesahkan sebuah jet pejuang F-16 terhempas di pangkalan udara tenteranya, hari ini.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    “Juruterbang berjaya melentingkan diri dari pesawat itu sebelum terhempas di Pangkalan Udara Tengah,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Juruterbang dalam keadaan sedar dan boleh berjalan. Dia sedang menerima rawatan perubatan dan tiada kakitangan lain yang cedera,” katanya.

    Kementerian itu berkata, jet milik Singapura itu mengalami masalah semasa berlepas dan juruterbang bertindak balas mengikut prosedur kecemasan.

    Siasatan mengenai nahas itu sudah dimulakan.

    Kejadian seumpamanya amat jarang berlaku di negara itu yang mempunyai tentera udara paling maju di Asia Tenggara.

    Pada 2010, sebuah helikopter tentera melakukan pendaratan cemas di padang terbuka berhampiran kawasan perumahan kerana masalah dengan enjin. – AFP

    Gambar menunjukkan sebuah pesawat F-16 Tentera Udara Republik Singapura mendarat di jalan awam di Lim Chu Kang semasa pratonton media pada 2016. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...