Thursday, January 9, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN buka peluang perdagangan, hubungan diplomatik

    KUALA LUMPUR, 6 DIS – Sokongan padu Malaysia terhadap penyertaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dilihat sebagai langkah penting, dan potensi keanggotaan itu semasa Malaysia memegang jawatan selaku Pengerusi ASEAN tahun depan dijangka mencipta detik bersejarah untuk rantau ini, kata Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi dari Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya.

    Bercakap melalui platform Zoom dalam program Bernama World hari ini, Khoo berkata keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN akan membuka pelbagai peluang dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hubungan diplomatik di rantau itu.

    Beliau menjelaskan bahawa keanggotaan itu akan membolehkan Timor-Leste mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan di peringkat serantau, yang mampu mempengaruhi isu-isu besar seperti keselamatan, pembangunan ekonomi, pembangunan mampan, perubahan iklim dan lain-lain.

    “Sumbangan Timor-Leste kepada ASEAN sangat unik terutama dalam bidang pembinaan keamanan, dengan mengambil kira pendirian negara itu yang lantang berhubung isu Myanmar, yang menjadi nilai tambah untuk rantau ini,” katanya.

    Khoo turut berkata kedudukan strategik Timor-Leste di laluan perdagangan global menjadikannya pemain penting dalam isu keselamatan serantau.

    Negara itu juga berpotensi menyumbang dalam isu-isu kritikal seperti perubahan iklim, pemerdagangan, ketegangan geopolitik, dan perkembangan di Laut China Selatan, katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao memeriksa kawalan kehormatan daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sewaktu mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia selama tiga hari, pada 3 Disember. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda