Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kira-kira 70 penerbangan batal, ramai anak kapal cuti sakit

    NEW DELHI, 8 MEI – Kira-kira 70 penerbangan, antarabangsa dan domestik, syarikat penerbangan swasta Air India Express dibatalkan hari ini selepas ahli-ahli krew kabin kanan melaporkan sakit pada saat-saat akhir, menurut pengesahan seorang pegawai kanan syarikat penerbangan itu.
     
    Syarikat penerbangan persendirian Air India Express ialah anak syarikat Air India, dan sebahagian daripada kumpulan Tata, mengendalikan lebih 2,500 penerbangan setiap minggu merentasi 31 lapangan terbang domestik dan 14 antarabangsa, dengan lebih 70 pesawat, terdiri daripada Boeing 737 dan Airbus A320.
     
    “Sebahagian daripada krew kabin kami telah melaporkan sakit pada saat akhir, bermula malam tadi, mengakibatkan kelambatan dan pembatalan penerbangan. 
     
    “Semasa kami berhubng dengan krew untuk memahami sebab di sebalik kejadian, pasukan kami secara aktif menangani isu ini untuk meminimumkan sebarang kesulitan yang ditimbulkan kepada tetamu kami,” kata jurucakap Air India Express.
     
    Jurucakap itu juga berkata, penumpang akan diberi bayaran balik atau tiket mereka dijadualkan semula ke tarikh lain mengikut permintaan. – Xinhua
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...