Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Korban banjir Brazil meningkat kepada 107 orang

    SAO PAULO, 10 MEI – Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.

    Menurut laporan terkini Agensi Pertahanan Awam, kira-kira 1,476,170 penduduk terjejas oleh bencana alam itu dan 136 orang masih hilang, lapor Xinhua.

    Hujan lebat telah menyebabkan darurat diisytiharkan di 80 peratus kawasan negeri itu.

    Usaha menyelamat pada Khamis menjadi rumit selepas hujan lebat terus turun.

    Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyifatkan ia sebagai tragedi terburuk dalam sejarah negeri itu. – Bernama

    Kereta-kereta berada di atas jalan yang ditenggelami air di kawasan yang dilanda hujan lebat di Porto Alegre, negeri Rio Grande do Sul, Brazil, pada 8 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...