Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S hasrat kuasai industri angkasa lepas

    SEOUL, 6 SEPT – Agensi angkasa lepas baharu Korea Selatan berkata kelmarin ia sedang mengembangkan bahagian industri angka lepasnya dan ingin mencabar SpaceX milik Elon Musk, ketika ia mendedahkan rancangan untuk mewujudkan laluan angkasa.

    Pentadbiran Aeroangkasa Korea (KASA) dibuka Mei lalu dengan matlamat untuk menjadikan bumi K-pop sebagai kuasa besar angkasa lepas, mengikut jejak langkah Amerika Syarikat, Rusia dan China.

    Seoul, yang juga terbabit dalam perlumbaan angkasa lepas dengan Korea Utara, berkata ia mempunyai matlamat untuk mendarat di bulan menjelang 2032, dan sampai ke Marikh pada masa akan datang.

    KASA berkata kelmarin ia sedang menimbang untuk membina keseluruhan sistem pengangkutan angkasa, termasuk laluan angkasa untuk bersaing dengan peneraju pasaran SpaceX, dimiliki Musk.

    “Kami akan menjadikan industri aeroangkasa sebagai industri teras, dan kami menyasarkan untuk menguasai 10 peratus bahagian pasaran global menjelang 2045,” kata Pentadbir KASA, Yoon Young-bin, kepada pemberita pada sidang media.

    Pada masa ini, kadar pengangkutan untuk SpaceX berharga antara AS$2,000 hingga AS$3,000 sekilogram, dengan banyak negara menggunakannya untuk membawa orang atau bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa, dan meletakkan satelit ke orbit. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda