Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kunjungan tanda perpisahan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, hari ini, telah menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah yang akan menamatkan perkhidmatannya.
     
    Kunjungan tersebut berlangsung di Pejabat Mufti Kerajaan, di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
     
    Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menghargai hubungan erat yang sedia ada antara kedua-dua buah negara.
     
    Di samping itu, mereka berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama khasnya mengenai perkembangan agama Islam.
     
    TYT Dato’ Raja Reza telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.
     
    Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz bersama TYT Dato’ Raja Reza semasa pertemuan di Pejabat Mufti Kerajaan. – GAMBAR SERAHAN JMK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...