Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    59 bakal jemaah haji KHEU terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Seramai 59 orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada kalangan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah menerima sumbangan dalam majlis penyampaian derma di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, KHEU, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Penyampaiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan pemangku-pemangku timbalan setiausaha tetap.

    Majlis itu adalah sebagai tanda kesyukuran dan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar bakal-bakal haji warga KHEU khasnya, serta bakal-bakal haji di seluruh negara, sentiasa selamat sejahtera dalam perlindungan Allah SWT, di samping dapat menjalani ibadah haji pada tahun ini dengan sempurna.

    Penerbangan pertama bagi bakal-bakal haji negara dijangka bertolak pada 23 Mei.

    ATAS & BAWAH: Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji KHEU. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    GAMBAR OLEH ADIB NOOR

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...