Monday, December 16, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan ilmiah ke Jabatan Penjara Maraburong

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-undang (SHALAWSOC) bersama dua orang pelajar lepasan ijazah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Penjara Maraburong di Sungai Kelugos, Tutong.

    Semasa lawatan itu, sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Penjara, Sarjan 493 Siti Habibah binti Haji Mahbub dan diikuti dengan sesi soal jawab.

    Sepanjang sesi taklimat tersebut, para peserta telah diberi peluang untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai sistem penjara yang berkuat kuasa di negara ini.

    Seterusnya, rombongan diberi peluang untuk menyaksikan demonstrasi sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

    Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan sesi penyerahan sijil penghargaan dan cenderahati daripada pihak SHALAWSOC kepada pihak Jabatan Penjara Maraburong.

    Sarjan 493 Siti Habibah, ahli SHALAWSOC dan pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang UNISSA bergambar ramai semasa lawatan berkenaan.- Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda