Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 3,000 usahawan desa dilatih menerusi Program Pendigitalan

    KUCHING, 12 OGOS – Seramai 3,249 usahawan desa telah dilatih menerusi Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) sejak ia dilaksanakan tiga tahun lepas.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata 6,000 produk usahawan desa juga telah dimasukkan ke dalam rekod sistem dagang kementerian itu iaitu Desamall bagi meningkatkan pendapatan usahawan melalui pemasaran dalam talian.

    Beliau berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk melatih 4,000 usahawan desa menerusi PPU.

    Rubiah turut menggalakkan usahawan desa mengambil peluang inisiatif program Alibaba Cloud di Malaysia yang dapat membantu membangunkan model kecerdasan buatan (AI) lebih kecil dan sesuai dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

    “Alibaba Cloud telah melancarkan Program Pemecutan Digital dengan tiga inisiatif utama yang bertujuan memacu penggunaan kecerdasan buatan (AI) di negara ini,” katanya selepas merasmikan PPU hari ini.

    Beliau berkata antara inisiatif utama yang ditekankan merangkumi latihan dan pembiayaan untuk syarikat pemula pendigitalan, jalinan kerjasama dengan universiti dan model studio untuk pembangunan AI generatif. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda