Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Makhluk menjelma ketika belajar

    Oleh Niezam –

    Cerita yang saya paparkan ini berlaku pada tahun 1999 ketika saya seorang diri mengulangkaji matapelajaran kerana esok peperiksaan GCE ‘O’ level sudah bermula. Oleh kerana terlalu sibuk, saya tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu khusyuk sudah membaca buku.

    Sedar tak sedar jam telah menunjukkan pukul 2:45 pagi, ketika tengah saya terlalu kosentrasi pada mata pelajaran saya, tiba-tiba terlihat satu lembaga yang cukup mengerikan sehingga saya tidak dapat berkata-kata seperti orang ketungkalan.

    Ketika itulah saya cuba melihat wajahnya tetapi tidak begitu jelas dan tubuhnya pula seperti seorang gadis berpakaian serba putih bersih sambil memegang patung arnab, seperti baru meninggal dunia.

    Makhluk itu tercegat di hadapan saya tanpa bergerak. Saya telalu panik sekali dan ini adalah pengalaman saya yang pertama kali melihat makhluk yang mengerikan di hadapan saya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berdoa kepada Allah agar makhluk itu tidak mengapa-gapakan saya.

    Di dalam hati saya cuma berdoa kepada Allah dengan membaca ayat-ayat suci. Oleh kerana terlalu panik saya pun sedaya upaya mencuba untuk keluar dari bilik itu, tetapi tidak berjaya kerana kaki saya seolah-olah kaku dan tidak terdaya untuk bergerak.

    Foto Canva

    Hampir lima minit lebih makhluk itu tercegat di hadapan saya. Tetapi yang menghairankan saya,makhluk itu tidak mengganggu bahkan dia cuma merenung lama.

    Saya sangat takut dia mengapa-apakan saya tambahan pula bilik yang saya gunakan itu adalah bekas bilik adik perempuanku yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit kencing manis beberapa tahun yang lalu.

    Saya masih ingat lagi ketika adik perempuan saya, sebelum ia dikebumikan, mayatnya begitu ngeri, saya melihat tangan dan kuping telinga sebelah kirinya bernanah bahkan buruk sehingga sukar untuk dimandikan, maklumlah penyakit kencing manis ini mudah merebak.

    Apabila saya khusyuk membaca ayat-ayat suci di dalam hati, tiba-tiba saya boleh berkata-kata seperti sediakala sehingga secara spontan saya menyebut nama adik perempuan saya dengan tiba-tiba kerana terlalu mengingati peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu.

    Dengan menyebut sahaja nama adik perempuan saya, tiba-tiba makhluk itu pun hilang sekelip mata sahaja. Setelah peristiwa tadi,saya menjadi tidak tentu arah kerana ketakutan dan sukar bagi saya melupakannya. Saya tidak dapat melelapkan mata pada malam itu sampai ke pagi.

    Pada keesokkan harinya, saya diserang demam panas secara tiba-tiba, tidak dapatlah hadir ke sekolah. Saya pun menceritakan hal tersebut kepada keluarga saya. Sedang saya menceritakan peristiwa yang berlaku semalam, tiba-tiba kakak saya menyampuk cerita saya, bahawa kakak saya pun pernah mengalami peristiwa yang sama ketika berada di dalam bilik itu. Sehingga kini barulah kakak saya menceritakan tentang peristiwa yang lama dipendamnya. Emak sarankan saya supaya pindah dari bilik tersebut sebagai tempat beribadat iaitu tempat kami mengerjakan solat berjemaah.

    Sampai ke hari ini, saya tidur sebilik dengan abang saya dan inilah pengalaman ngeri yang pernah ku hadapi, tetapi aku harus ingat ‘segala mahkluk-mahkluk yang ada di dunia datangnya dari Allah SWT maka kita harus tabah dengan dugaanNya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...