Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Majlis mengadap, santap bersama Maharaja Jepun

    TOKYO, JEPUN, 8 MAC – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Mengadap dan Majlis Santap Tengah Hari bersama Maharaja Jepun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito dan Maharani Jepun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani Masako di Imperial Palace, Tokyo.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Grand Steward of the Imperial House Agency, Nishimura Yasuhiko.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan KDYMM Maharaja Jepun telah berbincang mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama kepada Negara Brunei Darussalam dan Jepun termasuk kerjasama yang sedia ada dalam bidang tenaga, perdagangan, pendidikan dan pertukaran antara masyarakat.

    Selesai majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh KDYMM Maharaja Jepun dan KDYMM Maharani Jepun di Rensui-kita, Imperial Palace.

    Berangkat sama ialah His Imperial Highness Crown Prince Akishino dan Her Imperial Highness Crown Princess Akishino.

    Sebelum berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Ter-amat Mulia bersalaman perpisahan dengan KDYMM Maharaja Jepun dan KDYMM Maharani Jepun.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai bersama KDYMM Maharaja Naruhito dan KDYMM Maharani Masako. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke majlis santap yang dihoskan oleh KDYMM Maharaja Naruhito dan KDYMM Maharani Masako sejurus selepas majlis mengadap. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...