Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Malaysia tidak cadang SOP khusus solat terawih

    PUTRAJAYA, 4 FEB – Kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat terawih di masjid serta surau sempena Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

    Beliau berkata SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat terawih.

    “Sekarang (pelaksanaan ibadah) masih berjalan mengikut SOP sedia ada, tidak kira sewaktu solat atau berada di kedai makan. 

    “SOP ditentukan Kementerian Kesihatan perlu sentiasa dipatuhi dan setakat ini, tiada (SOP) khusus untuk solat terawih,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

    Antara SOP pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau pada masa ini adalah semua ahli jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup muka. Selain itu, pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya satu meter. – Bernama

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad beramah mesra bersama para hadirin selepas merasmikan Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Kompleks Islam Putrajaya di sini, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...