Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Nadal tumpas di Terbuka Australia

    MELBOURNE, 18 JAN – Juara bertahan, Rafael Nadal tersingkir di pusingan kedua Terbuka Australia kelmarin, sementara Coco Gauff menewaskan Emma Raducanu dalam pertarungan bintang yang semakin meningkat.

    Isteri Nadal, Mery, menangis ketika pemain handalan Sepanyol yang mengalami kecederaan itu tewas kepada Mackenzie McDonald yang menduduki ranking ke-65 di Rod Laver Arena, di mana bumbung stadium ditutup disebabkan hujan.

    Nadal yang berusia 36 tahun dihalang oleh masalah pinggul yang memerlukan rawatan perubatan, apabila dia mencatatkan kekalahan 6-4, 6-4, 7-5 kepada pemain Amerika itu.

    Ia merupakan penyingkiran terawal juara bertahan itu daripada kejuaraan utama dalam tempoh tujuh tahun yang akan membawa kepada lebih banyak persoalan mengenai sama ada kecederaan dan usia telah melemahkan rekod juara utama 22 kali itu.

    “Saya tidak pernah berada dalam kedudukan untuk mengadu, kehidupan telah memberikan saya banyak perkara positif sehingga saya tidak berhak untuk mengadu,” katanya.

    “(Tetapi) saya letih, saya sedih, saya kecewa, semua ini adalah realiti.

    “Mulai dari sini apa yang saya mahu ialah teruskan bermain tenis. Jangan fikir saya berkata semua ini kerana saya mahu berundur selangkah.

    “Bukan begitu, tetapi perasaan saya sekarang teruk.”

    Berbeza dengan Nadal yang mengalami kekecewaan, McDonald, 27, mara ke pusingan ketiga yang akan menentang Yoshihito Nishioka dari Jepun. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...