Thursday, May 9, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    KUPU SB juara gulintangan

    Oleh Ak Zaki Kasharan 
    Gambar serahan UBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Empat institusi pengajian tinggi tempatan telah bertanding dalam pertandingan gulintangan anjuran Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebagai sebahagian daripada Piala Canselor 2022.

    Pertandingan yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro Canselor, UBD itu menyaksikan pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) muncul juara diikuti oleh pasukan Universiti Teknologi Brunei (UTB), manakala UBD dan Politeknik Brunei (PB) masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah.

    Pertandingan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD), Dayang Nur Qamelya binti Mohd Rafee diikuti dengan persembahan keempat-empat pasukan.

    Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu. Panel hakim adalah dari Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Antara pasukan yang mempersembahkan lagu semasa pertandingan yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro Canselor, UBD.
    Antara yang hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.
    Dr Hazri bergambar ramai bersama peserta semasa pertandingan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...