Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Banjir ragut 109 nyawa di Rwanda

    KIGALI, RWANDA, 4 MEI – Sekurang-kurangnya 109 maut dalam banjir di utara dan barat Rwanda, menurut Agensi Penyiaran Rwanda (RBA) milik kerajaan, yang memetik angka daripada pihak berkuasa tempatan.

    “Hujan yang turun malam tadi menyebabkan bencana di wilayah utara dan barat,” kata RBA menerusi laman sesawangnya.

    Laporan itu menyebut 95 mangsa terkorban di wilayah barat yang paling teruk terjejas dan 14 lagi di wilayah utara, sambil menambah air banjir turut menghanyutkan rumah dan infrastruktur, selain menyebabkan penutupan jalan.

    Imej disiarkan di akaun Twitter RBA menunjukkan rumah musnah, jalan raya terputus akibat tanah runtuh dan sawah pula ditenggelami air.

    “Usaha bantuan bermula serta-merta termasuk mengebumikan mangsa bencana dan menyediakan bekalan bantuan kepada mereka yang kediamannya musnah,” beritahu menteri yang bertanggungjawab dalam pengurusan kecemasan, Marie Solange Kayisire, kepada RBA.

    Pada Mei 2020, sekurang-kurangnya 65 maut di negara ini ketika hujan lebat melanda Afrika Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya 194 kematian di Kenya. – AFP

    Penduduk berkumpul bersebelahan bangunan runtuh selepas banjir di daerah Nyabihu di barat Rwanda pada 3 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...