Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan ke Incheon berpatah balik ekoran isu teknikal

    KUALA LUMPUR, 2 SEPT – Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, terpaksa berpatah balik awal pagi ini berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.

    Dalam kenyataan hari ini, MAS memaklumkan bahawa penerbangan MH66 yang berlepas ke Incheon hari ini, mengambil langkah berjaga-jaga dengan berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas dan mendarat dengan selamat di Terminal 1 KLIA pada 1:30 pagi.

    “Kesemua penumpang telah diberikan kemudahan penginapan di hotel dan penerbangan itu dijadualkan semula sebagai MH66D yang akan berlepas pada 8 malam ini. Penerbangan pulang MH67D juga dijadualkan semula dan akan berlepas pada 5:10 pagi (waktu tempatan), 3 September.

    “Keselamatan dan kebajikan kesemua penumpang serta anak kapal kekal menjadi keutamaan kami,” menurut MAS.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada MAS. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda