LONDON, 8 JAN – Tawaran daripada penyerang Wolves, Matheus Cunha, untuk membeli cermin mata baharu untuk pengawal keselamatan berikutan pergaduhan selepas perlawanan lalu membantu meyakinkan panel disiplin bebas untuk mengurangkan penggantungannya daripada tiga perlawanan kepada dua.
Pemain Brazil itu digantung dua perlawanan selepas bertelagah dengan anggota pasukan keselamatan Ipswich berikutan kekalahan 2-1 pasukannya terhadap pencabar penyingkiran mereka di Molineux 14 Disember lepas.
Cunha menyiku seorang lelaki dan ‘mengenainya cermin matanya, yang kemudian menyebabkannya pecah,’ menurut laporan panel itu, yang diterbitkan kelmarin di laman web Persatuan Bola Sepak tersebut.
Ia berkata, pada awalnya penggantungan ditetapkan untuk tiga perlawanan, bagi menggambarkan keseriusan kesalahan itu.
Bagaimanapun ia menambah, “Suruhanjaya bersetuju bahawa penerimaan (Cunha) terhadap pertuduhan itu, permohonan maaf peribadinya yang segera tawaran untuk mengganti cermin mata baharu dan rekod disiplinnya yang bersih, adalah faktor yang menyumbang kepada pengurangan itu.”
Faktor-faktor tersebut juga membantu untuk mendapatkan pengurangan denda, daripada £120,000 (AS$150,000) kepada £80,000.
Cunha telah menjadi pemain yang menonjol untuk Wolves musim ini, menjaringkan 10 gol dalam 19 perlawanan liga. – AFP