Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah

    KOTA KINABALU, 4 OGOS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.

    Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu yang sudah tertangguh agak lama, perlu disegerakan tanpa sebarang alasan.

    “(Lebuhraya) Pan Borneo Sarawak hampir siap. Sabah terkontang-kanting lagi. Jadi, sudah dipersetujui dengan kerajaan negeri Sabah, kita buat secepat mungkin. Saya beritahu (Menteri Kerja Raya) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, saya serahkan (kepada mereka), saya tidak campur.

    “Saya nak cepat (disiapkan) supaya rakyat Sabah melihat ada projek puluhan bilion ringgit ini, lebuh raya terpanjang di Malaysia – Pan Borneo.

    “Lebuh raya di Semenanjung ada tol, dibayar oleh pengguna. Lebuh raya di Sabah dan Sarawak, kerajaan beri percuma untuk rakyat guna,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda