Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Pusat YASKA terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Bersempena bulan Ramadan, Restoran Emperor’s Court telah menyumbang $5,000 hasil kutipan jualan dan sumbangan secara keseluruhan menerusi acara amal tahunannya, Charity Sungkai Buffet’s Dine and Donate ke-7 kepada Pusat Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), pada majlis yang diadakan di Restoran Emperors’s Court, Manggis, malam kelmarin.

    Penyerahan jumlah kutipan amal yang meliputi $4,000 daripada hasil jualan dan sumbangan derma daripada para pelanggan dan $1,000 daripada sumbangan derma peribadi restoran berkenaan telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus, Restoran Emperor’s Court, Awang Addol bin Dollah kepada Presiden Pusat YASKA, Dayang Tsara’Nawwarah binti Abdullah Chen.

    Acara amal berkenaan adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam sama-sama memberikan sokongan dan mewujudkan impak positif kepada kehidupan kanak-kanak Pusat YASKA.

    Selain itu, ia juga dihasratkan untuk mendidik masyarakat yang penyayang dan prihatin secara amnya.

    Awang Addol menyampaikan sumbangan kepada Dayang Tsara’Nawwarah pada majlis yang berlangsung di Restoran Emperor’s Court, Manggis baru-baru ini. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...