Tuesday, November 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    RISDA catat jualan lembu korban lebih RM2 juta

    BANGI, 12 JULAI – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mencatatkan jualan 413 ekor lembu korban bernilai RM2.07 juta tahun ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

    Beliau berkata hasil jualan melalui anak syarikat RISDA, RISDA Livestock Sdn Bhd (RLSB) itu menunjukkan peningkatan sebanyak 85 peratus berbanding tahun lepas. 

    “Tahun lepas kami hanya capai antara 10 dan 15 peratus sahaja sebab ketika itu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat pandemik COVID-19.

    “Tahun ini kami dapat permintaan tinggi lebih-lebih lagi memasuki fasa peralihan endemik apabila banyak aktiviti telah dibenarkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Korban RISDA 2022 di sini hari ini.

    RLSB ditubuhkan pada 1999 bagi menguruskan ternakan lembu secara integrasi di ladang-ladang kelapa sawit RISDA dan memasarkan produk daging lembu bermutu tinggi keluaran tempatan.

    Mohd Salim berkata RLSB kini mampu mengeluarkan 6,000 ekor lembu setahun melalui ternakan secara fidlot di 10 ladang kelapa sawit berkeluasan 47,000 hektar di seluruh negara.

    Katanya, jumlah itu akan dipertingkatkan kepada 10,000 ekor bagi memenuhi permintaan daging tempatan bermutu tinggi. – Bernama

    Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif memotong lembu korban pada Majlis Korban RISDA 2022 di Puri Buana, RISDA Semaian kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda