Wednesday, February 5, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salji lebat landa Hokkaido, Jepun

    TOKYO, 4 FEB – Sistem tekanan rendah yang semakin menguat telah membawa salji lebat yang mencatatkan rekod di Hokkaido, Jepun, dengan Bandar Obihiro mencatatkan lebih dari satu meter salji.

    Sehingga pukul 8 pagi tadi, kedalaman salji di Obihiro mencatatkan 1.2 meter. Kawasan-kawasan lain, termasuk Memuro dan Honbetsu, turut mencatatkan salji lebat yang luar biasa.

    Sebanyak 379 sekolah rendah dan menengah awam di 44 perbandaran di Hokkaido telah ditutup sementara, lapor penyiar negara NHK.

    Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran bahawa gelombang sejuk terkuat musim ini sedang melanda, dengan salji lebat dijangka merebak ke seluruh sisi Laut Jepun di Honshu, memberi kesan kepada pengangkutan dan meningkatkan risiko ribut salji serta ombak tinggi. – Xinhua

    Gambar menunjukkan bumbung rumah yang dilitupi salji merentasi kawasan kejiranan di tengah Tokyo pada 6 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda