Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan

    KUCHING, 8 MEI – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.

    Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 657 permohonan telah mendapat keputusan, manakala 746 permohonan masih dalam proses kelulusan.

    “Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini pula sebanyak 50 permohonan telah diterima. Daripada jumlah itu sebanyak tiga pemohonan sudah mendapat keputusan, manakala 47 pemohonan masih diproses,” katanya.

    Tambah beliau, kes-kes tertunggak akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang akan datang.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) yang ingin tahu berapakah jumlah kes kewarganegaraan di Sarawak yang melibatkan individu berusia 21 tahun ke bawah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

    Fatimah berkata, bukan semua individu yang dilahirkan di dalam negara boleh memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

    “Dalam hal ini, kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan status perkahwinan ibu bapa yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara.

    “Kedua, taraf kewarganegaraan ibu bapa individu berkenaan sewaktu kelahiran berlaku dan ketiga, kelahiran berlaku sebelum pendaftaran perkahwinan ibu bapa mengikut perundangan negara,” katanya.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...