Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sikap Ira Kazar kunci mulut isu cerai dipuji warganet

    Tindakan Ira Kazar terus mengunci mulut mengenai punca perpisahannya dengan pengarah Syamsul Yusof dipuji warganet.

    Malah, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Ira atau Faghira Fatini Kazaruddin, 29, seperti memberi gambaran memilih untuk merahsiakan kemelut rumah tangga daripada pengetahuan umum.

    “Sesetangah perkara lebih baik dibiarkan sahaja tanpa dibicarakan,” katanya menerusi satu hantaran di laman berkenaan.

    Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik beberapa keping foto ketika menjalani sesi fotografi pakaian.

    Perkongsian anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu meraih pujian netizen kerana tidak bercerita mengenai masalah rumah tangga yang sedang dilalui.

    “Suka cara dia (Ira), tak buka mulut menyalak sana sini. Tak buka cerita rumah tangga, tak bersuara di Instagram dan tak meroyan nak saman sana-sini; Terima kasih kerana tidak ‘mengacau’ industri media dengan drama-drama yang tidak perlu; Dari dulu lagi saya memang suka cara Ira. Stay classy, tak perlu nak campur dengan drama-drama meroyan itu,” antara tulisan warganet.

    Pada 5 September lalu, Ira dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor. Mahkamah mengesahkan berlakunya talak selepas wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 14 Ogos lalu.

    Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen pengesahan lafaz taklik yang difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023. – Agensi

    Ira dipuji warganet kerana tidak membuka mulut tentang kisah rumah tangga. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda