Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemain bintang diketepikan daripada skuad England

    LONDON, 4 SEPT – Phil Foden, Cole Palmer dan Ollie Watkins diketepikan daripada skuad kebangsaan England bagi perlawanan Liga Negara-Negara yang akan datang, perlawanan pertama mereka di bawah kendalian pengurus sementara, Lee Carsley, umum Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris semalam.

    England akan berdepan Republik Ireland di Dublin Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Finland di Wembley tiga hari kemudian dalam Liga B.

    Bintang Chelsea, Palmer, yang menjaringkan gol England pada final Euro 2024 ketika tewas kepada Sepanyol dan penyerang Aston Villa, Watkins kembali ke kelab mereka dengan kecederaan.

    Penyerang Manchester City, Foden tidak menyertai skuad Carsley kerana kurang sihat.

    “Tiada tambahan pemain baharu dirancang ketika ini,” menurut kenyataan FA.

    Perlawanan menentang Ireland akan menjadi perlawanan pertama England sejak Gareth Southgate meletak jawatan sebagai pengurus selepas lapan tahun mengendalikan pasukan.

    Carsley telah dilantik sebagai pengendali sementara dan dia telah memberikan Noni Madueke, Morgan Gibbs-White, Tino Livramento dan Angel Gomes panggilan pertama mereka bersama skuad kebangsaan England. – AFP

    Aksi Cole Palmer semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhampton Wanderers dan Chelsea di Stadium Molineux. Palmer antara tiga bintang England yang terpaksa disisihkan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda