Saturday, October 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Urusan peribadi Raisa masih terjaga rapi

    Penyanyi Raisa bersyukur tindakannya tidak mencampur-adukkan soal kerjaya muzik dan kehidupan peribadi nampaknya berhasil.

    Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana, 33, berkata sampai ada peminat baru tahu dia memiliki anak itu pun selepas berkongsinya di media sosial.

    “Saya sebenarnya lega apabila ternyata peminat memang lebih menumpukan perhatian mereka kepada muzik saya. Soal peribadi saya pun terjaga rapi ketika ini.

    “Bukan merahsiakan, saya berkongsi juga sekali-sekala tapi tidak berlebihan. Saya lebih suka asingkan kedua aspek itu demi pastikan ia tidak menjejas mana-mana sisi hidup saya.

    “Jadi apabila ada yang baru tahu saya sebenarnya memiliki anak, saya yakin perancangan saya betul. Biarlah bersederhana saja kalau cerita mengenai keluarga,” katanya.

    Untuk rekod, Raisa berkahwin dengan arkitek, pengacara dan pelakon Hamish Daud Wyllie, 43, pada 2017.

    Pasangan itu dikurniakan anak perempuan iaitu Zalina Raine Wyllie, 3.

    Penyanyi lagu Bahasa Kalbu itu bakal kembali mengadakan konsert untuk kali kedua pada 23 September nanti.

    Dinamakan Raisa Hits Live in Concert anjuran Click Entertainment, ia bakal berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang, di sini. – Agensi

    Teruja kembali ke Malaysia, Raisa bakal menyanyikan lebih 22 lagu. – Harian Metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda