Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villa bersemangat hadapi Monaco

    MONACO, 21 JAN – Pengurus Aston Villa, Unai Emery, berkata pasukannya ‘bersemangat’ untuk mengesahkan kelayakan terus ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menjelang perlawanan penting, hari ini, di Monaco.

    Bekas juara Eropah itu beraksi dalam pertandingan itu buat kali pertama sejak 42 tahun lalu dan berada di tempat yang baik untuk menamatkan saingan di kelompok lapan teratas, menduduki tempat kelima dengan 13 mata dengan baki dua perlawanan.

    Villa berdepan pasukan Monaco yang juga mempunyai cita-cita untuk mengelak pusingan play-off kalah mati, di mana kelab itu meraih 10 mata walaupun mengalami kekalahan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara.

    “Saya fikir kami sangat bermotivasi bermain dalam Liga Juara-Juara kerana kelab itu tidak bermain di sana untuk masa yang lama,” kata Emery kepada pemberita, kelmarin.

    “Kami mahu bersaing, cuba menjadi protagonis dalam pertandingan ini. Kami mempunyai peluang yang sangat besar apabila tiba di sini untuk bermain pada hari ketujuh dengan 13 mata.

    “Saya rasa kami memerlukan tiga atau empat mata lagi untuk mendapat kedudukan lapan teratas. Sasaran kami adalah untuk berada dalam kelompok lapan terbaik dan esok adalah penentunya,” tambahnya.

    Villa telah memulakan 2025 dengan prestasi yang baik, mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan diikuti dengan keputusan seri di Arsenal dalam Liga Perdana Sabtu lalu.

    Bekas pemain tengah Monaco, Youri Tielemans, memulakan perlawanan itu di Stadium Emirates dengan gol pertama Villa. – AFP

    Reaksi pemain Aston Villa, Ollie Watkins (tengah), selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak di Stadium Emirates di London pada 18 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda