Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    ‘Wanita Besi’ ungguli Powerman Malaysia

    PUTRAJAYA, 30 OKT – Atlet sukan lasak wanita Malaysia, Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid beraksi cemerlang apabila berjaya mendominasi kategori Klasik Wanita Powerman Asia-Malaysia 2022 sejauh 80 kilometer (km) di Dataran Putrajaya, hari ini. 

    Pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi itu, mencipta sensasi dengan mencatat masa tiga jam, 14 minit dan 08 saat untuk mengesahkan tempat pertama, manakala wakil Singapura Xinhui Su (3:29.41s) dan seorang lagi atlet Malaysia, Chong Hui Xin (3:38.33s), masing-masing terpaksa berpuas hati dengan perak dan gangsa. 

    Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, Tahira, 33, yang digelar sebagai ‘wanita besi’ berkata ia pertandingan yang sangat kompetitif selain menjadi medan persediaan terbaik buatnya menghadapi Sukan SEA di Kemboja tahun depan. 

    “Saya tidak berapa semangat untuk bertanding hari ini, semasa kayuh basikal saya jatuh dekat KM10, tetapi cuaca baik, cabaran baik dan Alhamdulillah saya dapat tempat pertama,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan. – Bernama

    Atlet kebangsaan, Haziq Junaidy (kiri) dan Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid bergambar bersama trofi yang dimenangi dalam Kejohanan Asia Powerman Malaysia 2022, hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...