Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    WHO lancar hab ubat tradisional di India

    GENEVA, 20 APRIL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan Pusat Global untuk Ubat Tradisional (GCTM) di sebuah lokasi di India semalam, bertujuan membuka potensinya dengan menggabungkan amalan lama dengan sains moden.

    Hab ilmu pengetahuan GCTM berhasrat menubuhkan badan dengan bukti dan data boleh dipercayai mengenai amalan perubatan dan produk tradisional untuk membantu menyelaraskan standard dan penggunaan kaedah efektif kos di luar ubat-ubatan konvensional.

    “Menggunakan potensi ubat tradisional akan menjadi pembolehubah kepada kesihatan apabila ia berdasarkan pada bukti, inovasi dan kemapanan,” kata WHO, mendapati ubat tradisional membantu sebahagian daripada industri kesihatan dan kesejahteraan yang semakin meningkat.

    Hab itu akan ditempatkan buat sementara waktu di Institut Pengajaran dan Penyelidikan di Ayurveda di Jamnagar di pantai barat India sehingga tapak baharu seluas 14 hektar di bandar siap pada 2024.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyertai Perdana Menteri Narendra Modi di bandar Gujarati untuk meletakkan batu asas. Kira-kira 80 peratus daripada populasi dunia dipercayai menggunakan ubat tradisional, seperti campuran herba, akupunktur, yoga, ubat ayurveda dan terapi asli.

    “Untuk jutaan penduduk di seluruh dunia, ubat tradisional merupakan penawar pertama untuk merawat pelbagai penyakit,” beritahu Tedros pada majlis itu.

    “WHO GCTM yang kami lancarkan akan membantu menggunakan kuasa sains untuk memperkukuh bukti asas untuk ubat tradisional,” katanya, bertujuan mengoptimumkan penggunaannya untuk kesihatan dan kesejahteraan di seluruh dunia.

    Agensi kesihatan PBB itu mentakrifkan ubat tradisional sebagai ilmu, kemahiran dan amalan yang digunakan oleh penduduk asli dan budaya untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah, mendiagnosis serta merawat penyakit fizikal dan mental.

    India telah memperuntukkan AS$250 juta dalam projek itu, dengan Modi berkata ubat tradisional merangkumi sains hidup holistik dan akan menjadi semakin penting dalam 30 tahun akan datang. – AFP

    Perdana Menteri Narendra Modi (kiri) bercakap dengan Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa Sidang Kemuncak Global Ayush (GAIIS) di Gandhinagar, India kelmarin. GAIIS ialah inisiatif untuk industri ubat tradisional di India dan luar negara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...