Saturday, January 11, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev yakin menang Grand Slam pertama

    MELBOURNE, 10 JAN – Pemain nombor dua dunia, Alexander Zverev, hari ini menegaskan bahawa dia mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memenangi Grand Slam pertama.

    Namun Zverev mengakui Jannik Sinner adalah pilihan utama bagi mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia.

    Pemain Jerman itu menghampiri kejohanan utama pembukaan tahun ini dengan keyakinan yang tinggi selepas memenangi gelaran Masters 1000 di Rom dan Paris dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Begitulah prestasinya sehingga dia memenangi lebih banyak perlawanan daripada pemain lainnya kecuali pemain nombor satu dunia, Sinner musim lalu, di mana ia melonjakkannya di kedudukan tertinggi dalam kerjaya.

    Bagaimanapun, Grand Slam kekal sukar untuk diramal selama hampir 10 tahun, di mana penamat naib juara pada Terbuka Amerika Syarikat 2020 dan Terbuka Perancis tahun lepas adalah usaha terbaiknya setakat ini.

    “Saya rasa semua orang tahu apa yang ingin saya kejar. Semua orang tahu apa matlamat dan impian saya, iaitu untuk menang,” katanya.

    “Melangkah ke Grand Slam sebagai pemain nombor dua dunia, saya perlu berfikir untuk memenangi kejohanan itu,” tambahnya. – AFP

    Gambar bertarikh 30 Disember 2024 menunjukkan aksi Zverev mengembalikan bola kepada Zhizhen Zhang dari China semasa perlawanan tenis di Perth, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda