Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pelajar UNISSA sertai pengajian di MSU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Dua pelajar Sarjana Muda Sains Halal dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah berlepas ke Shah Alam, Malaysia hari ini untuk memulakan pengajian selama setahun di Management and Science University (MSU) di bawah Program At-Tamayyuz (Program Pengajian ke Luar Negara).

    Kedua-dua pelajar berkenaan, Dayang Hanisah Jazilah Azizah binti Bahrin dan Awang Muhammad Khairel Kamaruddin bin Abdul Rahman, merupakan peserta dalam program yang bertujuan memperkasa kemahiran profesional serta memberi pendedahan kepada pengalaman pembelajaran yang lebih luas di peringkat antarabangsa.

    Hadir bagi mengucapkan selamat berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, bersama tenaga akademik PPHT.

    Pihak PPHT melahirkan rasa bangga dengan pencapaian kedua-dua pelajar itu dan berharap pengalaman di MSU akan dimanfaatkan sepenuhnya, sekali gus menjadikan mereka individu berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

    Dayang Hanisah Jazilah Azizah sempat bergambar ramai bersama tenaga akademik PPHT yang hadir bagi mengucapkan selamat berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Dr Hajah Norkhairiah dan Awang Muhammad Khairel Kamaruddin bergambar ramai bersama tenaga akademik PPHT yang hadir. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda