Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    236 sertai larian 8 jam di Sg Liang

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 7 OGOS – Seramai 236 pelari dari seluruh negara dan luar negara telah menguji stamina dan kecerdasan mereka dalam perlumbaan ketahanan lapan jam yang diadakan di kawasan sekitar Jabatan Perhutanan yang terletak di Kampung Sungai Liang pada 3 hingga 4 Ogos yang lalu.

    Pertandingan itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Liang, dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Brunei, Pejabat Daerah Belait, Lumut Runners, Santai Art, dan TSRT.

    Ia bertujuan untuk membawa pelari terbaik untuk bersaing dan mengasah lagi kemahiran larian ketahanan mereka, di samping mempromosikan dan berkongsi minat yang sama untuk sukan.

    Sepanjang pertandingan berkenaan, para peserta bersaing untuk melihat siapa yang dapat menamatkan pusingan terbanyak dalam kategori masing-masing dalam tempoh lapan jam yang diperuntukkan.

    Ini termasuk Kategori Terbuka Lelaki dan Veteran serta Kategori Terbuka Wanita dan Veteran.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori ialah, Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Muhammad Syazwan bin Nordin.

    Bagi Kategori Terbuka Lelaki, Awang Ahmad Ahsan bin Haji Ibrahim menduduki tempat pertama setelah menamatkan pusingan terbanyak dengan 21 pusingan, diikuti Awang Muhammad Ajmal Azman bin Sudin dan Muhammad Zunaidi bin Omar di tempat kedua dan ketiga, masing-masing menamatkan 20 dan 19 pusingan.

    Kategori Veteran Lelaki menyaksikan Sefli Anak Ahar berada di tempat pertama dengan 20 pusingan, manakala Terbuka Wanita menyaksikan Dayang Nur Ainulhakimah Mahmud di tempat pertama apabila menamatkan 18 pusingan.

    Manakala itu, Jennyfer Townsend telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dalam Kategori Veteran Wanita setelah menamatkan 17 pusingan.

    Awang Muhammad Syazwan dan para pemenang bergambar ramai selepas pertandingan itu. – GAMBAR SERAHAN MPK SUNGAI LIANG
    GAMBAR SERAHAN MPK SUNGAI LIANG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda