Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS uji model baharu OpenAI, Anthropic

    WASHINGTON, 30 OGOS – Pencipta utama kecerdasan buatan (AI) generatif, OpenAI dan Anthropic, telah bersetuju untuk memberikan akses kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menjalankan ujian keselamatan terhadap model baharu mereka.

    Persetujuan itu diumumkan kelmarin dan melibatkan kerjasama dengan Institut Keselamatan AI AS, yang merupakan sebahagian daripada agensi persekutuan iaitu Institut Piawaian dan Teknologi Nasional (NIST).

    Peraturan terhadap AI telah menjadi isu penting sejak pelancaran ChatGPT oleh OpenAI, dengan syarikat teknologi menggalakkan pendekatan sukarela untuk membolehkan teknologi mereka diletak di bawah pengawasan kerajaan.

    Menurut kenyataan agensi tersebut, mereka akan memberikan maklum balas kepada OpenAI dan Anthropic mengenai potensi penambahbaikan keselamatan model-model mereka sebelum dan selepas pelancaran awam, serta bekerjasama rapat dengan Institut Keselamatan AI di United Kingdom.

    “Persetujuan ini adalah langkah awal, namun ia merupakan pencapaian penting dalam usaha kita mengawal selia masa depan AI dengan lebih bertanggungjawab,” kata Pengarah Institut Keselamatan AI AS, Elizabeth Kelly.

    Agensi itu turut menyatakan bahawa penilaian yang akan dijalankan bertujuan menyokong komitmen sukarela yang dibuat oleh pencipta model AI seperti OpenAI dan Anthropic dalam inovasi teknologi mereka.

    “Kerjasama dengan Institut Keselamatan AI AS membolehkan kami menggunakan kepakaran mereka untuk menguji model-model kami secara terperinci sebelum ia digunakan secara meluas,” kata pengasas bersama dan ketua dasar di Anthropic, Jack Clark.

    “Ini memperkukuh keupayaan kami untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko, sekaligus memajukan pembangunan AI secara bertanggungjawab,” tambahnya. – AFP

    Clark, bercakap semasa satu temu bual di Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) semasa Sidang Kemuncak AI Seoul di Seoul, pada 22 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda